Wawa bloggielikediaries
7 Years Of Love
Jangan Tinggalkan Aku Sendirian .
Wednesday, 7 December 2011 | 0 comments



 Wawa termenung di depan rumahnya sendirian . Sambil melihat bulan yang sedang menyinar di malam yang dingin , dia memikirkan sesuatu . Apa dah jadi dengan aku nie ? Asal aku susah sangat nak terima seorang manusia yang bernama lelaki ? Memikirkan hal tu menyebabkan dia runsing . Huh ! Lebih baik jangan pikirkan sangat . Lama-lama boleh keras sebab sejuk . Baik aku masuk lagi bagos ! Kang diorang ingat aku terlebih jiwang pulak hari nie . Nur Najwa Amalina atau lebih dikenali sebagai Wawa . Sangat susah berhubung dengan lelaki kerana terbiasa belajar di sekolah perempuan . Apabila memasuki universiti campuran nie ... MEMANG SUSAH sampai terpaksa mengambil keputusan untuk mencari rumah sewa untuk tinggal . Nasib baik ada kawan yang paham masalahnya , so Wawa kini tinggal di rumah sewa berdekatan  dengan universiti . Dengan diduduki 7 classmates (exclude Wawa) , sangat bising tetapi menyeronokkan daripada tinggal seorang .
KEESOKKAN HARI~
Woi Wawa ! Bangun laa ! Dah lambat nie ! ” sergah Nina . “Alaa , sekejap laa . Baru pukul 5 pagi” jawab Wawa dalam keadaan marah kerana mengganggu tidurnya . Kepala otak kau pukul 5 ! Dah pukul 7 pagi laa ! Lagipun nanti terlepas solat Subuh laa ! ” sergah Nina lagi. “APAAA ?! Dah pukul 7 ?! Asal korang tak kejut aku awal awal , hah ?! Korang nak tinggal aku ke ?!” marah Wawa . “Woi , lembab ! Kitaorang dah kejut kau dari pukul 6.10 pagi lgi tau ! Kau tuh yang bagi excuse banyak sangat sampai kita orang dah takda kuasa nak kejut kau dah !"jawab Nina dalam keadaan selamba . “Errr ,yeke ? Ohh , sori . Aku taktau laa pulakk” jawab Wawa perlahan . "Dah2 ! Pergi mandi cepat or kitaorang tinggal kau sorang sorang . ”  balas Nur , classmate Wawa seorang lagi . “Okay2 , jangan tinggal aku !" ”  Cepat cepat Wawa pergi mandi dan solat Subuh .
[Dalam kelas]
  “Ahh ! Boring gila la ! Dah la sekarang kelas Sejarah ! Boleh pengsan aku nie !" marah Wawa . “Woi ! Kau nie kan ,mesti nak ponteng kan ? Aku tau laa perangai kau . Kan ?" teka Nina . Cehh ! Macam tau tau jea aku nak ponteng . -_-'  Err , hehe” . “Ape 'hehe' hah ?! Dah dah . Pergi cepat ! ” “Okay ! Hehe , thanks Nina . Sayang kau~!”balas Wawa . “Yela , yela . ” jawab Nina . 
Akhirnya~!!! Aku bebas sekali lagi ! Ahh ! Seronoknya ! xD . Hari nie Wawa lepak di tempat biasa . Iaitu taman yang sunyi . Sedang Wawa bergembira , tetiba~
Hello~”  . “ Err , siapa tuhh ? ” tanya Wawa . “Kat sini laa” . “ Mana? ”  tanya Wawa “Kat belakang kau nie hah ” Apabila Wawa mengalih ke belakang~ “ Hi! ” . Wawa terkejut apabila melihat seorang ‘lelaki’ terapung apung dihadapan nya . Dengan pantas Wawa berlari menuju ke kelas . Nasib menyebelahinya apabila kelas Sejarah telah berakhir . Pantas Wawa mendapatkan Nina dan roommates yang lain . “Wehhhh!!!!”sergah Wawa . “Woi , bagi la salam dulu ! Asal dengan kau nie?” marah Nina . “Errr ,ak aku.. ”Wawa tergagap gagap . “ Kau apa ?!” Tanya Nina pelik .
Aku..aku rasa aku nampak hantu la tadi” Mereka terus ketawa besar apabila mendengar apa yang Wawa beritahu tadi . “HAHAHAHAHA , apa ?! Kau nampak hantu?!Woi ! Siang siang nie mana ada hantu laa cik !haha”ketawa Nina terbahak bahak . “Korang nie tak percaya cakap aku ke?”geram Wawa . “Tu la pasal , ponteng lagi . Kan dah terjumpa hantu .HAHAHA”perli diorang . Kalau lah aku tau diorang nak ketawa sampai camtu sekali , lebih baik aku tak perlu bagitau . Ish ! Dah la , aku nak blah !” balas Wawa dalam keadaan marah . “Ehh , kau nak pergi dah ke ?Baik baik , nanti hantu tu follow kau”jawab Nina sambil ketawa . Sambil memekakkan telingannya , Wawa menuju je tempat tadi . Errr , tadi betul betul ke or mimpi je nie ? Tapi tak mungkin mimpi sebab depan U ni hospital . Kalau nak tau betul ke tak , lebih baik aku lepak sini jap . Dah hamper sejam Wawa lepak di situ . Setan punya hantu ! Time aku berani tak nak pulak dia muncul . Dah la perut aku berlagu . Lagu apa la tengah berkumandang kat perut aku nie . Aihh . Sedang Wawa berjalan , dia terasa seperti aura yang semacam dibelakangnya . Apabila Wawa menoleh ke belakang , ‘hantu’ itu betul betul di hadapan matanya . Sabar Wawa~Kau kan nak jumpa si mangkok yang bernama hantu tuh . Mereka hanya pandang sesama sendiri sambil memikirkan siapa yang perlu bercakap dahulu . “Hello ! Aku Khairul Rizdwan . Nama kau sape?” Tanya Khairul . “Err , Wawa .”jawab Wawa . “Ohh , Wawa ? Sedap nama tu ! Aku suka ! By the way , aku selalu tengok kau lepak kat sini . Tempat biasa kau eh ?” Tanya Khairul lagi . “Hah?Oh , yup! Aku pulak tak pernah pun nampak kau masa aku lepak dulu .”Tanya Wawa pula . “Oh ,ada laa . Hehe , aku selalu perhatikan kau . Aku ingat nak tegur kau la tapi malangnya aku takut kau lari lintang pukang macam tadi .” balas Khairul sambil ketawa . Alamak ! Dia masih ingat ke kejadian tadi? Aduh ! Malu gila !  “Itu semua kau punya pasal la ! Sape suruh kau terkejut aku sampai macam tu ? Nasib baik aku takde serangan jantung , kalau tidak , keras aku kat sini .”balas Wawa selamba . “Haha , sorry .By the way , salam perkenalan.” Balas Khairul sambil menghulurkan tangannya untuk salam . Wawa menghulurkan tangannya untuk bersalam tetapi tidak boleh . Ahh~betul la . Dia kan lutsinar so memang tak boleh la . Haha.Wawa terkejut mendengar Khairul ketawa . “Haha , betul la . Aku tak boleh nak salam dengan kau sebab aku hanya hantu.”balas Khairul perlahan . Wawa mati akal nak bercakap . “Hei , aku dah lambat nie . Aku kena siapkan assignment .Nanti kita borak lagi . Bye !” Kalut Wawa berlari kerana baru teringat tentang assignment yang diberikan oleh pensyarah tadi . Dalam kekalutan , dia sempat menangkap percakapan Khairul . “Aku sentiasa ada disini ! Seronok betul aku kalau kau sudi datang berjumpa dengan aku ! Jumpa lagi ya !

[Dalam bilik]
Wawa tak boleh nak siapkan assignment kerana kejadian tadi .  Aku nak buat macam mana nie ? Boleh pula aku bercakap dengan hantu . Pastu siap bagitau nama aku pulak.. Ohh Wawa” *terkedu Arghhh ! Kenapa aku segan pulakk?!! Apa terjadi sebenarnya nie?!
[Keesokkan harinya]
Kau betul betul datang!!”beritahu Khairul dengan gembiranya . Errrrrrr , kenapa aku datang ?  *Cubit tangan Sakit ! Betul la ni bukan mimpi… Tanpa sedar aku masih pergi kat taman nie .. ….. Sebab…………Seronok betul aku kalau kau sudi datang berjumpa dengan aku !”  bila aku tengok muka dia camtu susah untuk aku katakan tidak . Eh, Wawa ! Aku ada banyak benda nak tau pasal kau !” “Ehhh?! Pasal aku ?!” terkejut Wawa . “Ya~ <3” . senyum Khairul . “Kau selalu datang kat taman nie sorang sorang kan ? Aku terfikir . “Kenapa dia ?” “Dia budak jenis macam mana?”…selalu teringin nak tau. Dia selalu perhatikan aku… sambil genggam tangan Wawa berkata “Aku..aku tak berapa bergaul dengan budak laki . Classmates aku banyak kawan laki . Diorang selalu keluar dengan kawan laki diorang . Aku selalu mengelak . Setiap kali aku mengelak untuk keluar dengan diorang , aku datang sini sendirian .”balas Wawa perlahan . “Oh.Tapi boleh pulak kau bercakap dengan aku?”Tanya Khairul . “Ya,entah la…Mungkin kau bukan reality kot..Lagipun aku tak payah risau sebab kau tak boleh sentuh aku!”balas Wawa bersemangat . “Errr , Tak payah risau…Tak gembira betul mendengarnya… ==”kemudian Khairul tersenyum . “Tapi takpe!Disebabkan badan aku lutsinar macam ni la aku dapat berkenalan dengan Wawa!”sambil hulur tangan . “Kenapa hulur tangan….?” “Sebagai salam perkenalan kena la berjabat tangan .” “Erk?!”muka Wawa merah . “Kau tak takut kan ? Aku mana boleh sentuh kau pun.” “Memang la ! Tapi bukan tu yang aku maksudkan.”balas Wawa . “Alaaa , berjabat tangan kan syarat perkenalan ! Cepat salam ! Cepat salam !” “Err,ahh..” Mereka bersalam walaupun tidak bersentuh . Ni ialah pertama kali buat masa ni aku bersalaman dengan laki.. *malu Aku hanya merasakan angin sejuk je masa bersalam dengan dia .
[Keesokkan harinya]
Eh? Kau nak dengar cerita pasal hantu taman tu ke , Wawa?”Tanya Nina . “Ya , aku ada sikit minat nak tau .”balas Wawa . Seingat aku , aku langsung taktau apa apa pasal Khairul . Apa sebenarnya terjadi kat Khairul ? Aku ada dengar , masa dulu ada seorang pelajar bunuh diri disebabkan seorang perempuan kot .”beritahu Nina . “Hah?! Hanya seorang perempuan ?”Tanya Wawa terkejut . “Dia frusted sebab pompuan yang dia suka terpaksa berkahwin dengan pilihan parents dia .Mereka bercinta sesama sendiri tapi yang pompuan tu terpaksa ikut kehendaak parents dia . Ala , lebih kurang cinta yang ditentang keluarga la .”jawab Nina panjang . Ap…APA?! 
[Di taman]
Ah , Wawa !” panggil Khairul dengan gembira . Wawa seperti senyum takmahu senyum saja .  “Err..Macam mana kau boleh jadi hantu ya,Khairul?”Tanya Wawa perlahan . “Err , kalau kau tak nak cakap pun takpe la.” Pantas Wawa berkata setelah dia perasan wajah Khairul bertukar . “ . . . Aku…Sebenarnya aku dah lupa semuanya la..hahaha”sengih Khairul . “HAH?!”Wawa bertanya “Hmm , Apa yang aku ingat ialah , kelibat seseorang di taman ni je .”jawab Khairul . Wawa hanya senyum tawar . “Okay .Sejak bila kau menghantui tempat nie ?”Tanya Wawa lagi . “Ha?Oh , yang tu . Kalau aku bagitau kau , gerenti kau lari lintang pukang agaknya.”jawab Khairul sambil menakutkan Wawa . “HA?!Apa yang kau nak bagitau?”Wawa terkejut . “Wei , Wawa . Bila aku dah takde nanti , kau jangan lupakan aku tau .”Khairul tersenyum . *Dub dab . Wawa terkejut . “Ka…Kalau aku nak lupakan pun tak boleh la!!! Macam mana nak lupa aku pernah cakap dengan hantu?!”jawab Wawa dalam keadaan geram . “Ahaha ,betul jugak.”senyum Khairul . Muka Wawa merah . *Dub Dab “….Kuatnya angin…Kau tak sejuk ke pakai baju nipis macam tu,Khairul?”Tanya Wawa *Dub Dab* “Ah , jangan risau.” *Dub Dab* “Sebab aku mana boleh rasa apa apa pun.”jawab Khairul lagi . *Dub Dab* AH ! Betul jugak .Yang tengah bernafas sekarang nie aku sorang ja. *Dub Dab* *genggam* “Khairul ,pegang tangan aku!” Muka Khairul merah . “Eh?Kenapa tetiba pulak ni?! Gembira gak tapi aku ni lutsinar!!”Jawab Khairul dengan seronoknya .Bukan ke kau sendiri cakap ni syarat berkenalan?! Dah. Dah . Cepat salam !”Gesa Wawa . “Err…Ah,ya.”Kedua dua malu ketika mahu berpegang tangan . Kalau Khairul terus begini , dia betul betul akan lenyap nanti.Sebab tu aku tak semena mena nak berpegangan tangan dengan dia . *malu* Ni kali ketiga kitorang berjabat tangan . Aku rasa macam tangan dia dah tak sesejuk dulu .
[Keesokkan harinya di bilik pensyarah]
Pelajar yang bunuh diri sebab tertekan ? Ah , tak banyak yang cikgu ingat sangat . Tapi setahu cikgu pelajar tu bukan bunuh diri . Tetapi dia mati sebab sakit . Gosip tersebar luas pulak lepas tu . Tapi kematian dia memang satu kehilangan . Pompuan pulak tu . Wawa terkejut . “Eh?! Satu kehilangan?! Pompuan ?!”Tanya Wawa . “Ah,ya , tu je la yang cikgu tau . Bukan ke kamu nak tau pasal pelajar yang mati masa nak datang sekolah…?Cerita pasal hantu taman tu memang gossip rupanya .Tapi takde ke cerita pasal pelajar lelaki yang mati..? Macam mana ni…?!
[Di Arkib]
‘Album Tamat Universiti …’
Agaknya kat mana gambar Khairul ya ? Dia cakap nama dia Khairul Rizdwan tapi aku tak nampak pun nama tu…Dia bukan pelajar U ni ke ? Kalau betul kenapa pulak dia menghantui taman kat sini ? Khairul , siapa kau…sebenarnya?
[Di taman]
Khairul..Kenapa kau makin pudar?”Tanya Wawa . “Eh?”Khairul melihat tangannya . “Ahh , dah sampai masa agaknya.”balas Khairul . “HAA?!”Wawa terkejut setelah Khairul mengatakannya . Apa….nie ? Apa semua nie…..?  Sambil mengambil batu .. “Tu bukan lawak la ,lembab!!!” sergah Wawa sambil membaling batu ke arah Khairul . Tetapi batu itu tidak kena kat Khairul kerana dia hanya lutsinar . “Dah la kau muncul sesuka hati.Buat orang rasa teruk je!jadi tolong la jangan pergi sesuka hati!!!”balas Wawa dalam keadaan sedih . Khairul hanya mengeluh . “ Wawa. Boleh tunaikan permintaan aku?” “Apa?” “Pergi kat pintu situ . Cepat la pergi~!”arah Khairul . “ ? Ah,ya…Apsal tetiba je?Lagipun pintu nie pintu kaca . Nak buat apa?” “Lepas tu letak tangan kau kat pintu ni.”arah Khairul lagi . “??? Okey?” Tetiba Khairul meletakkan tangannya didepan tangan Wawa . “Aku tak boleh tembusi kaca je . Dapat tak rasa sentuhan aku?”Tanya Khairul . “…Betul la.Ah! Tapi Khairul….kaca pintu ni tetap sejuk. *menangis “Wawa .Buat kali terakhir . Tengok la muka aku ni betul betul .Tutup mata kau . Lepas tu…Tolong jangan menangis…” Apabila Wawa membuka matanya , “Khairul?Kaca tingkap nie dah berkabus sebab acon didalam nie . Aku tak dapat tengok . Eh,jawab la.” “KHAIRUL!”sambil membuka pintu . Kat sebelah sana…………………………. Cuma ada hamparan hijau saja .
[Lepas 2minggu]
Lepas tu aku tetap jugak lepak kat taman macam biasa .Universiti mengumumkan cuti seminggu disebabkan ribut .Dah lama aku tak sendirian kat taman nie .Dah lama jugak aku tak tengok pokok pokok nie . Kali pertama aku jumpa orang macam Khairul pun kat sini jugak .Hello~Tu la ayat pertama dia..Pada masa tu aku betul betul terkejut . .. Eh..? Dari mana agaknya Khairul selalu tengok aku yang suka lepak kat taman nie ?  Sambil tercari cari , Wawa ternampak . Eh? Siapa kat taman tersembunyi hospital tu? *sambil lari menuju ke hospital . Aku ni memang lembab! Dia berdiri jauh dan membelakangi cahaya . Aku tak pasti siapa yang ada kat sana . Tapi..!  Khairul…!” “Ni..Wawa ke?”Tanya Khairul . “Ugh..jangan la hilang sesuka hati,lembab!!!”jerit Wawa . “Eh?! Nanti kejap!Apasal ni?!”tanya Khairul . “Apa maksud kau ‘apasal’?”pertanyaan Khairul dibalas balik . “Err…Pasal semua ni…Bukan mimpi je ke ?!”Tanya Khairul . HAA…?Apa maksud ni?!  Aku dah lama dimasukkan ke hospital ni . Tapi..tak lama lepas tu aku Berjaya menjalani pembedahan besar yang mengancam nyawa .Pada masa tu rasanya aku dalam koma .Terima kasih sebab sudi tengok tengokkan aku masa tu ya , Wawa.”balas Khairul panjang . “Jadi kiranya roh kau merayap la ya..?==’”Tanya Wawa . “Agaknya”sengih Khairul . Apa nie ?  Terduduk sambil menangis . “Wawa?!” Terlalu banyak perkara untuk difikirkan . Sampai otak ni tak mampu nak tanggung . Tapi..semua tu masih dapat aku atasi . uhukk…Aku ingatkan dah tak dapat jumpa kau lagi.”menangis Wawa teresak esak . “Maaf.Bagi aku walaupun semua tu cuma mimpi je…keluar aku dari hospital nie nanti, aku dah rancang nak pergi cari dan jumpa Wawa. Wei… Boleh aku sentuh tangan kau tanpa kaca tingkap?”Tanya Khairul . “Ya.Mata bertentang mata . Tangan kami bersentuhan . Aku menyentuh tangan lelaki ni . Aku gembira dan bahagia . Pertama kali sejak aku dilahirkan , aku mencintai seorang laki .
-TAMAT-

Sorry kalau storyy nie tak best pada korang . Kalau best , bagus laa . =) BTW , setengah Wawa ambil dari buku , setengah lagi reka sikit sikit . Kalau korang nak suruh Wawa buat lagi , boleh laa . Tapi kena laa follow blog Wawa yang tak seberapa nie . Thankyu . =)

PUT YOUR WELCOME NOTE HERE. Follow | Dashboard