Wawa bloggielikediaries
7 Years Of Love
Tak Sanggup Aku Lepaskan Kau .
Monday, 26 December 2011 | 0 comments


Boringnya . Kan bagus kalau aku jadi kucing ke ape ke asalkan tak payah belajar . Malas gile lah . Lagipun dah form 3 , lagi laa penat nak belajar ! Huh !
Nur Amira Atilia atau Mira . Berusia 15 tahun , pendekkan , form 3 . Seorang yang cantik tetapi sikap panas baran dan ego menyebabkan dia ketepikan perkara tentang cinta . “ Mira oiii , bangun lahh . Dah lambat ni . Karang terlambat pulak nak pergi sekolah .” kejut Puan Salmah , mak Mira . “Mak , adik demam nie . Susah nak bangun la .” jawab Mira dalam keadaan malas . “Yeke demam ? Jangan nak menipu mak lagi tau!”Tanya Puan Salmah sambil menyuakan tangannya ke dai Mira untuk check sama ada demam atau tidak . Alamak ! Mampos aku !  “Err , takpe laa mak . Nanti mak pulak yang demam sebab sentuh dahi adik nie .” Mira kalut menahan maknya dari menyentuh dahi nya . “Hah ! Asal mak tak boleh sentuh pulak ? Jangan nak bohong mak . Sudah sudah , pergi siap cepat . Dah lambat nie .gesa Puan Salmah . “Malas laa mak . Nak tidur laa mak . Mengantok la .”jawab Mira malas . “Kamu jangan mengada-ngada ! Cepat siap atau mak panggil abang kamu tu .” ugut Puan Salmah . Mira terus bangun “Okay okay , jangan panggil abang . Adik dah bangun dah .”marah Mira . “Cepat siap . Mak tunggu bawah.” “Baik.”jawab Mira .
[Di sekolah]
Woi ,kau ! Apa kau buat nie ? Masam je . Boyfriend kena curi ke ?”tegur Syahirah . “Mulut kau nie takdaa insurans ke , hah ?”marah Mira . “Ehh , rileks laa . Aku melawak je . Asal dengan kau nie ? Macam tak kena je .”tanya Syahirah . “ Aku tengah marah laa . Tadi pagi aku try la tipu mak aku , kata aku demam . Then mak aku nak check laa aku demam ke tidak . Aku halang mak aku , then mak aku kata dah jangan nak bohong mak lagi ,cepat bangun atau mak panggil abang . Aku , kalau dengar je nama abang tu , terus aku bangun . Kau tau la kan , yang aku tak suka abang aku tu . Dia tu suka usik aku sampai aku nangis .”cerita Mira panjang . “Laa , sebab tu kau muka masam camni ? Apa la kau ni . Aku ingat kau punya boyfriend dah kena tinggal .”ketawa Syahirah . “Kau ni kan . Tau la aku nie takdaa boyfriend , jangan laa usik aku camtu . Sapa la nak kat aku nie .”balas Mira . “Ek eleh , biar betul takda sapa nak kat kau nie ? Bukan diorang taknak , tapi kau tu yang ego sangat . Tak tahu la apa yang merasuk kau tu sampai kau takda masa sangat nak layan pasal nie semua .”balas Syahirah . “Err , yeke ? Aku sebenarnya nak jugak bercinta tapi entah la . Takda laki yang memenuhi laki idaman aku lagi.”jawab Mira selamba . “Yela yela . Banyak alasan kau ehh . Dah dah , lepas nie kau nak terus ke kelab ke ?tanya Syahirah . “Ha ah . Mesti lah kena . Dah la aku nie naib pengerusi bagi kelab tenis tu . Kau tahu la kan , si pengerusi tu suka gila buli aku . Mentang mentang la ramai pompuan minta kat dia , senang senang nak buli aku . Huh!”balas Mira geram . “Hahahaha , okay apa ? Aku rasa la kan , senior tu macam suka kat kau je .hehe”kata Syahirah . “Mintak simpang Malaikat 44 laa dia nak suka kat aku ! Aku benci gila dengan dia . Eh , kau tahu tak , dia buat macam tu sebab aku ni junior dia . Just beza 2 tahun tu pun nak buli aku . grrrr .”geram Mira . “Yela tu . Aku harap korang couple .hehe .”kata Syahirah . “hmmm.
[Di kelab Tenis]
Amira!!!”jerit pengerusi kelab itu . “APAA ?!!”jerit Mira kegeraman . Nasib baik hanya ada seorang saja nama Amira . “Kau jangan kurang ajar ehh . Kau tu budak form 3 . Junior aku , so hormat la aku nie sebagai senior kau !”tegur Zafryl , pengerusi kelab tersebut . “Nak hormat macam mana kalau senior tu gedik sangat . Pemalas betul .Buat la sendiri . Yang tu pun nak suruh orang yang buat .’’balas Mira marah . “Ehh , jangan nak tegur aku pulak . Dah kau tu naib pengerusi aku , so apa apa , kau la yang kena .”balas Zafryl selamba . “Grrr , habis ? Laporan tu aku kena buat jugak ka ? Apa guna setiausaha ?!”Tanya Mira geram . “Ala , diorang aku dah bagi banyak dah . Kesian la kat diorang jugak .” “Habis ? Aku nie apa pulak ? Kau ingat aku nie tak penat pulak ? Kau tak kesian kat aku pulak ? Ingat aku nie kayu ka ? Robot ka ?”Tanya Mira geram . “Ala kau nie , tu pun nak mengamuk ka ? Aku buat macam tu sebab nak uji kau la .”balas Zafryl selamba . “Uji kepala otak kau ! Menyesal aku masuk kelab tenis ! Apa la nasib aku lepas diorang pilih aku jadi naib pengerusi nie ! Makin menyusahkan hidup aku ja !”jerit Mira . Semua ahli kelab tenis berasa sesuatu apabila kemarahan Mira tak reda lagi . Mereka sudah beberapa kali melihat Zafryl dan Amira bergaduh , tetapi tak setahap nak berhenti . Mereka berasa pergaduhan kali ini lebih teruk . “Bodoh punya junior ! Tak hormat aku langsung !”Zafryl menjerit . “Kalau senior macam kau , lebih baik tak payah hormat !”Mira juga menjerit . Mereka berdua bergaduh sampailah … “HOI korang ! Apa nak jadi nie hah ? Tak malu ka junior koraang tengok tu ?!”jerit seseorang . “Yang kau tu asal hah , Azril ?!”marah Zafryl . “Kau diam ! Ehh , korang nie nak kena pukul dengan aku ka ? Sepatutnya time ni korang dah kena berlatih tau ! Sebab korang la , diorang tak dapat nak berlatih !”jerit Azril . Azril merupakan kawan baik Zafryl dan jurulatih kelab tenis juga . Hanya Azril seorang saja dapat menghentikan pergaduhan antara Zafryl dengan Amira . “Korang berdua ni apasal ?! Kasi tau kat aku jap  !”soal Azril . “Dia ni hah ! Tak hormat aku langsung !”jawab Zafryl . “Apasal aku pulak ?! Kau tu yang kurang ajar ! Si mangkok nie suruh saya buat kerja kerja yang orang lain buat ! Mana la saya nak tau sangat pasal diorang pnya kerja !”jawab Mira geram . “Biadap kau nie ehh ! Panggil aku mangkok pulak ! Dasar tak hormat orang tua !“ Ohh , jadi kau tu orang tua la erk ? Sory ye pakcik , saya tak tau la pulak yang pakcik ni sekolah . Pakcik ni bodoh ehh ?”perli Mira “Sial ! Kau..” “DIAM ! Korang memang nak makan penampar aku ! DIAM !”jerit Azril . Seluruh kelab tenis diam seketika . “Korang berdua apa nak jadi ni ?! Seorang selalu susahkan junior dia , seorang lagi tak hormat senior dia . Apa la kau dua nie ! Aku pecat sorang sorang baru tau !”ugut Azril . Ini lah tiba masa nya aku cakap . Okay ! Senior , saya nak berhenti sekarang jugak ! Saya memang tak tahan nak jadi ahli kelab tenis ! Rasa macam hidup tak tenteram ! Lagipun mesti ramai lagi suka kalau saya berhenti terutama budak tu !”balas Mira geram . Semua ahli kelab tenis termasuklah Azril dan Zafryl terkejut . “Apa ? Kau nak berhenti ? Sebab apa ? Hanya sebab si Zafryl ni , kau nak berhenti ?”Tanya Azril . “Mungkin yang tu satu reason jugak . Tapi saya nak berhenti sebab alasan peribadi . Sory ye senior . Saya kemaskan barang saya sekarang jugak.”jawab Mira . Semasa Mira kemaskan barangnya , dia terdengar Zafryl kata “Huh ! Bagus la kau nak berhenti . Aman sikit kelab ni . Aku la orang pertama yang gembira gila gila . Tak perlu lah aku penat nak bergaduh .” Tetapi kenapa Mira merasakan ayat tu tak ikhlas mengatakan . Mira berasa sedikit sedih kerana ayat Zafryl . “Aku nak blah ! Bye !”kata Mira . “Mira , jangan la pergi . Kalau kau pergi , aku taknak masuk kelab nie dah .” kata Siti . Ala , bukannya aku pergi selamanya pun . Aku just berhenti ja . Tengok la kalau tahun depan aku masuk . Yela , kan si mangkok tu dah takdak kat sekolah ni so kalau aku masuk kelab ni pun rasa tenang sikit . Kan ?” Mira sengaja menguat sedikit suaranya .Zafryl terdengar tetapi dia buat buat tidak dengar . “Ala budak tu . Cepat la blah . Menyampah aku nak tengok muka kau .”balas Zafryl selamba . “Bye korang .” Mira buat taktau . “Senior , maafkan saya ye ?”Tanya Mira kepada Azril . “Takpe la , hak kau sama ada nak berhenti ke tidak .”kata Azril sambil tersenyum tawar . Mira pun hanya tersenyum tawar dan pergi meninggalkan kelab itu . Sambil berjalan Mira memikirkan something . Err , lepas nie aku nak masuk kelab apa hah ? Dah la sekolah nie pelik sikit . Kalau sape tak masuk kelab , kena berdepan dengan pengetua . Hish , menyampah betul la . Lebih baik aku rehat sat kat pondok favourite aku tu . Mira kemudian pergi ke pondok berdekatan kolam di sekolahnya . Hah ! Lega lepak kat sini . Sambil aku pikir nak masuk kelab apa , bolehlah aku rehat sikit otak aku yang serabot nie . Tetibe Mira terdengar bunyi tapak kasut menuju kearahnya .  “Ehh ? Sorang je ?” Mira memusingkan kepala nya untuk melihat siapa yang bertanya tu “Eh ? Senior Azril ke ? Ingatkan sape tadi .”kata Mira sambil tersenyum . “Kenapa kau lepak sengsorang je nie ?”Tanya Azril sambil tersenyum . “Hehe , takde pape pun .Saje nak lepak sengsorang kat sini . Nak tenangkan fikiran lepas gadoh dengan singa jadian tu .”balas Mira . “Singa jadian ? Maksud kau Zafryl ?”Tanya Azril . “Yela , sapa lagi la saya nak gadoh kalau bukan senior Zafryl tu .”balas Mira lagi . “Haha , aku ingat dah reda , rupa rupa nya tidak . Kau betul ke nak berhenti ni ?”Tanya Azril serious . “Hurm , entahlah senior , saya pening sekarang nie .”Mira mengeluh . “Kau , nak berhenti sebab si mangkok tu je ? Lebih baik tak payah . Kau tu pandai main tenis . Takkan la kau nak berhenti macam tu je ? Sia sia la selama ni kau punya kepandaian .”nasihat Azril . Mira terdiam . “Cuba kau fikir , kalau kau buat taktau je kat si Zafryl tu , mesti lama lama dia dah tak larat nak arah kau lagi . Jangan disebabkan pergaduhan korang , sampai kau nak berhenti . Lagipun , kalau kau berhenti , sapa nak teman aku lagi ?”balas Azril . “Huh? Maksud senior ?”Tanya Mira terkejut “Aku sebenarnya dah lama simpan perasaan kat kau .” “Errr , maksud senior ? Saya tak paham la .”tanya Mira . *dub dab* “Maksud aku , aku sukakan kau . Faham ?” “Hah ?!”Mira terkejut . “Errr , tapi senior , sa .. saya … Saya tak suka senior pun . Sa..saya ….”Mira tergagap . “Takpa , kau tak perlu bagi jawapan sekarang . Aku bagi kau dalam masa 2minggu nie . Okay ?”balas Azril sambil tersenyum . “O..okay.” “Okay la , aku kena pergi ni . Bye .”Azril pergi . Setelah Azril pergi , Mira .. “Aduhh ! Apa nie ? Dah la masalah kelab tak selesai lagi , sekarang masalah nie pulak ? Ish !”bebel Mira sorang . Tetapi Mira tidak tahu yang ada seseorang sedang memerhatikannya .
[Seminggu selepas itu]
Macam tu la ceritanya .”bagitau Mira . “Apa ?Biar betul ?Selama ni kau tak cerita kat aku pun ! Kau berhenti dari kelab tu ? Dan..yang paling penting senior Azril suka kat kau ?! Biar betul ?!”tanya Syahirah bertubi tubi . “Errr , taktau la .”jawab Mira pendek . “Tapi , seingat aku , senior Azril dah ada girlfriend , apsal pulak dia nak kat kau?”tanya Syahirah pelik . “Yela , aku ada dengar jugak , apsal dia luahkan kat aku ? Dia playboy ka ?”tanya Mira pulak . “Err , tak silap aku dia memang setia kat girlfriend dia , tapi dia luahkan kat kau . Tak pelik ka ?”balas Syahirah . “Mampos la aku dengan girlfriend dia . Err , apa kata aku jumpa dia masa lepas sekolah nanti ?”tanya Mira . “Ehh , bagos jugak .” “Kau temankan aku , boleh ?”tanya Mira . “Err , sory la . Lepas sekolah aku ada tuisyen .” “Alaaa , hmm takpe la . Aku jumpa dia sorang .”balas Mira perlahan . “Alamak! Aku lupa la ! Aku kena jumpa dengan Cik Dhiya la ! Kalau tak jumpa , dia hukum aku .” “Apahal kau kena jumpa dia ?”tanya Mira pelik . “Ala , sebab homework hari tu la . Kan aku lupa bawak semalam ? So dia nak aku hantar kat dia masa rehat . Jom teman aku .”ajak Syahirah . “Tu la kau . Lupa lagi . Macam orang tua ja .Okay la . Aku temankan kau .Tapi as exchange , kau kena kasi aku coklat !hehe.” balas Mira . “Tak ikhlas betul ! Hurm , okay lah . Jom.” Semasa mereka berjalan , Mira terperasan sesuatu , “ Eh ? Kat sini bukan laluan for kelab ke ?”tanya Mira ketakutan . “Ye la . Kenapa kau ?”tanya Mira balik . “Err , sekarang nie Kelab Tenis tengah mesyuarat . Lagipun Cik Dhiya kan guru Kelab Tenis , aku takut terserempak dengan bebudak tenis .”balas Mira . “Laa , rileks la . Bukan ada apa pun . Kau just teman aku je kan ?Hurm , terpaksa la even aku takmau tengok muka si mangkok tu dengan senior Azril . *tok tok tok* “Ye , masuk .” Apabila Syahirah membuka pintu , ramai ahli ahli menumpu kearah mereka berdua . “Oh , Syahirah . Masuk lah .”kata Cik Dhiya . “Jom”ajak Syahirah . “Ehh , aku sekali kena masuk ?”tanya Mira perlahan . “Alaa , temankan aku je .”bisik Syahirah balik . Sambil mereka berdua berjalan menuju kearah meja guru , ada sepasang mata tidak henti merenung Mira . “Cikgu , nie homework yang saya lupa nak hantar semalam .” “Oh , bagos la kamu ingat . Nasib baik kamu tak lupa .”balas Cik Dhiya . “Hah , kamu Amira . Dah hantar ke homework tu ?”tanya Cik Dhiya kepada Mira . “Hah ? Ohh , saya dah hantar la cikgu . Dari semalam lagi . Saya kan budak baik , tak macam kawan saya nie . Hehe.”balas Mira . “Yela tu . Amira , tolong sampai kan pesanan saya kepada kelas kamu . Beritahu mereka yang saya nak kamu semua siapkan karangan laporan tentang alam sekitar . Boleh ?”tanya cikgu . “Err , karangan laporan ? Selain tu boleh cikgu ?”tanya Mira ketakutan . “Kenapa ? Saya nak kelas kamu buat karangan laporan kerana kelas kamu la paling susah nak buat karangan laporan . Semua tunggang terbalik .”balas Cik Dhiya . “Huh , okay la cikgu . Bila nak hantar ?”tanya Mira . “Esok , saya nak kamu berdua hantar kat meja ni . Saya nak kesemua 38 buah buku kat atas meja nie . Ingat 38 buku .”arah Cik Dhiya . “Errr, kalau hantar kat bilik guru je , tak boleh ke ?”Pantas Mira bertanya . “Tak boleh . Sebab esok sepanjang hari saya kena berada di bilik ni , so saya boleh la semak buku kamu sekali .”kata Cik Dhiya . “Okay…”jawab Mira perlahan . “Kalau macam tu kami pergi dulu ye cikgu .”pinta Syahirah . “Baiklah.”kata Cik Dhiya . Semasa mereka berjalan keluar ,mata Mira dan Zafryl bertembung . Mira terus jelling dan pergi begitu sahaja .
[Dalam kelas]
Wei Mira , aku ada perasan yang kau jelling kat Zafryl . Asal ?”tanya Syahirah . “Saja . Yang kau nie tak habis habis dengan si mangkok tu . Kau suka kat dia ehh ?”tanya Mira pula . “Kepala otak kau . Dah tau aku ada boyfriend , nak suka apa lagi . Aku nie setia pada yang satu je tau .”balas Syahirah . “Yela tu . hahaha.”ketawa Mira . “Wehh , sapa nak bagitau diorang semua tu pasal homework yang cikgu bagi ?”tanya Mira . “Kau lah . Kau punya suara kan kuat . Hehehe.”balas Syahirah . “Yela yela .”Mira mengalah . “Ehurm Ehurm , perhatian ! Cikgu Dhiya suruh semua buat karangan laporan tentang alam sekitar . Cikgu nak esok ! Sapa tak hantar , cikgu bawa dia pergi jumpa pengetua .”kata Mira . “Baik !”jawab semua pelajar dalam kelas . Kebetulan juga Zafryl dan Azril lalu di sebelah kelas Mira . “Bagos . Esok sapa dah siap , bagi kat aku . Faham ?” “Faham !” Mira teringat sesuatu . “Eh ! Senior Azril !”Mira memanggil Azril . “Ye Mira ?”balas Azril . “Senior , boleh tak lepas sekolah saya nak jumpa dengan senior ? Ada benda yang saya nak cakap .”tanya Mira perlahan . “Ohh , boleh je . Pasal benda tu ke ?”tanya Azril nakal . “Eh ? benda apa ? *Mira terdiam sambil memikir ..Tetiba* Ehhhh ! Asal dengan senior nie ? Gila ke ?”Mira seperti faham apa yang Azril cakap tadi . “Hahaha , apa la . Jangan risau . Aku bukan macam tu .”Azril ketawa . Zafryl dilanda cemburu . Apa hal dua orang nie hah ? Nak berdrama pun depan aku ! Macam la takda tempat lain ! Huh !  “Dah ke berborak tu ? Woi Azril , aku dah tunggu kau lama kat sini . Bila nak blah nie ?!”marah Zafryl . Mira dan Azril terkejut dengan sergahan Zafryl .  “Okay . Mira , aku pergi dulu ye .”pinta Azril . “Okay lah .”balas Mira . Kenapa dengan mangkok tu ? Apsal dia nak kena marah marah ? Nak pergi , pergi lah . Bodoh . Wei !”sergah Syahirah .Mira terkejut . “Ish kau ni ! Terkejut aku tau ! Kalau aku sakit jantung , dah lama aku keras kat sini.”marah Mira . “Sory la .ByTheWay , asal dengan senior Zafryl tu ? Macam tak suka je kau borak dengan senior Azril .”tanya Syahirah pelik . “Tu la . Nie mesti dia cemburu .Tak syak lagi .”teka Mira . “Maksud kau , cemburu kat kau ? Maksud kau….”  “Kan ? Dari hari tu aku dok perhati .” “Akhirnya kau perasan jugak!” “Ye kan ? Aku rasa la si mangkok tu memang ada hati kat senior Azril la !”teka Mira . “Kepala otak kau ! Kau ingat diorang tu gay ke hah ?! Aku punya la ingat kau tu pikir yang sama macam aku , last last tak jugak . Memang bengong la kau ! Aku rasa senior Zafryl tu suka kat kau la ! Bengap !”marah Syahirah . “Merepek la kau ! Gila ka si mangkok tu suka aku ? Kau tau tak yang kita orang ni macam anjing dan kucing ? Pantang berjumpa sikit , mula lah nak gadoh . huh !”geram Mira . “Yela tu . Aku percaya satu hari nanti korang bersama jugak .”bisik Syahirah perlahan . “Apa ? Apa kau cakap nie ? Aku tak dengar la .”tanya Mira pelik . “Takde pape la . Eh , jum la buat homework sementara cikgu tak masuk lagi .”ajak Syahirah . “Errr , okay .” Mira menunggu Azril selepas waktu sekolah seperti yang dijanjikan . Hish ! Mana senior Azril nie ?! Lambat nya ! Aku balik la !  Sebaik saja Mira hendak balik , dia ternampak Azril melambai lambai tangannya kearah Mira . “Sory lambat . Tadi cikgu lepas lambat .”kata Azril “Err , takpa .”balas Mira tak ikhlas . Takpaa apa ? Lambat gila la ! Dah 15 minit aku tunggu kau ! Huh !  “So , apa yang kau nak beritahu ni ?”tanya Azril . “Err , sebenarnya .. pasal… haritu .”kata Mira tergagap gagap . “Oh , so apa jawapan kau ?”tanya Azril sambil tersenyum . “Err , saya rasa tak la sebab …saya tak nak couple buat masa sekarang  .Taknak couple ? Yela tu Mira . Kau main lepas cakap je kan ? Takpa la , janji ada reason . Harap harap senior Azril ingat reason tu betul . Oh , yeke ?Betul jugak kan . Kau tu form 3 . PMR dah dekat , so mesti la kau nak belajar . Takpe la .”Azril tersenyum . “Thanks sebab paham . Okay la , saya dah nak balik ni . Bye.”pinta Mira . “Okay , jumpa esok .” Mira hanya tersenyum sahaja .
[Dalam bilik]
Hish ! Macam mana nak tulis laporan nie ! Dah la aku fobia nak tulis . Nie semua pasal si mangkok tu la menyebabkan aku fobia nak tulis laporan !  Walaupun Mira membebel , tetapi dia masih menulis karangan laporan juga . Selepas 20 minit , karangan laporannya siap juga . Argh~ siap juga . Pukul berapa dah ? *sambil melihat jam* alamak ! pukul 1 pagi dah ? Apsal aku tak perasan nie ?! Tido tido !
[Keesokkan harinya]
Di dalam kelas , Mira tidak henti menguap menyebabkan Syahirah menegurnya . “Woi ! Asal dengan kau ?! Buat karangan sampai tak ingat dunia ka ?”tanya Syahirah . “Huaaaa , ha ah . Masa aku nak start buat homework , aku tak sedar pula yang aku buat pukul 12 lebih macam tu , lepas aku siap buat , baru aku tau yang aku habis pukul 1 pagi .”Mira menguap lagi . “Hah ?! Biar betul kau ? Apalah ! Nanti masa rehat kita pergi hantar la . Kau tak makan kan ?”Syahirah bertanya kepada Mira kerana dia faham Mira tengah berdiet . “Ha ah . Berat badan aku bertambah sebab tu la aku nak berdiet .”Mira mengeluh . Selepas dia berhenti dari kelab tenis , berat badannya makin bertambah kerana tidak exercise . *Kringgggg* Loceng rehat telah bunyi . “Wey Syahirah , kau kira tengok ada berapa buah buku .”arah Mira . “Okay .”jawab Syahirah sepatah . “Okay! Semua ada 38 buku ! Jom pergi letak .”kata Syahirah . Mira dan Syahirah mula berjalan menuju ke bilik kelab tenis . Sedar atau tak , mereka sampai di bilik kelab tenis kerana leka bersembang . *toktoktok* Mira mengetuk dulu sebelum masuk . Apabila mereka berdua masuk , terdapat semua ahli ahli kelab tenis di situ . Mira terkejut kerana tidak sangka dia bertemu mereka lagi . Dia berfikir sejenak .Baru dia teringat . Alamak ! Aku lupa la ! Hari ni kelab tenis ada mesyuarat pasal kejohanan tu la ! Macam mana nie ?!  “Yea , nak apa ?”tanya Azril . “Syahirah , kau cakap la . Aku malas nak cakap .”bisik Mira . Kebetulan Cik Dhiya tiada di situ . “Err , kita orang nak letak buku kat sini je .”jawab Syahirah . “Yeke ? Okay , letak je .”balas Azril . “Kami pergi dulu .”pinta Syahirah . Semasa mereka berjalan “Wei , aku nak pergi pondok jap . Kau nak ikut ?”tanya Mira . “Err , takpe la . Aku ada hal ni . Kau pergi la .”kata Syahirah .
[Di pondok]
Huh , boringnya lepak sengsorang . Sape sape teman la aku . Huhh .”ngeluh Mira . “Apa kau membebel sengsorang nie ? Gila ka ?” Mira terdiam .Eh ?! Sapa tu ? Tapi , aku macam kenal je dengan suara tu . Jangan jangan … Apabila Mira memusingkan kepala nya , “Kau ?!”tanya Mira terkejut . “Ye , aku . Asal ?”balas Zafryl . “Kenapa kau kat sini ? Blah la kau !”marah Mira . “Suka hati la aku ada kat sini ke tak . Pondok ni bukan kau punya . Nama kau pun takda !”balas Zafryl selamba “Bodoh punya mangkok ! Kau memang nak kena dengan aku ! Lepas kau buat aku keluar dari kelab , kau cari gadoh nan aku lagi !”jerit Mira . “Oh ye ? Ala, kesian nya kau . Sepanjang ni kau menangis ke ? Ala bucuk bucuk .”perli Zafryl “Mangkok punya singa jadian !!”jerit Mira “Kau pulak hodoh nak mampos ! Gemuk pula tu !”jerit Zafryl juga . Mereka bertekak selama 15 minit . Selepas itu , mereka berdua tiada ayat hendak keluarkan . “Kenapa kau benci sangat dengan aku ?”tanya Zafryl . “Kenapa kau tanya ? Dah buang tabiat ke ?”perli Mira . “Aku tanya elok elok la !”marah Zafryl . Dia serious ke ? Aku ingat dia main main .Nak tau sebab apa ? Banyak . Antaranya kau suka buli aku , kau suruh aku buat kerja yang bukan aku punya tugas . Kau ingat aku kuli kau ke ?”Mira berasa lega selepas dia lepaskan apa yang terpendam selama ni . “Oh , sebab tu je ? Biar aku pulak . Aku benci kau sebab kau tu tak reti nak hormat senior macam aku , aku suruh apa semua kau takmau . Aku benci kau sebab kau selalu rapat dengan laki lain .” Mira terkejut bila mendengar ayat terakhir . “Apa maksud kau dengan kau benci aku sebab aku selalu rapat dengan laki lain ?”tanya Mira . “Kau tak faham lagi ka ? Maksud aku tu , aku jealous bila tengok kau dengan laki lain . Erti kata lain , aku suka kau . Paham ?”luah Zafryl . “Hah?! Kau tak perlu la bergurau sampai macam tu sekali !”balas Mira . “Kau nie kan ! Sampai bila pun kau tak percaya aku ! Aku cakap betul la !”balas Zafryl geram . “Hah?!”Mira terkejut .
[To Be Continued]

PUT YOUR WELCOME NOTE HERE. Follow | Dashboard